PROGRAM KORBAN AKIQAH MENYEMAI DAKWAH DAN KASIH DI BUMI SUDAN SIRI 2018

“Muliakanlah qorban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada hari Qiamat.” 

header photo

MELAKSANAKAN ibadah korban dan akiqah amat digalakkan oleh Islam kerana fadilatnya cukup besar.

Kaedah melaksanakan kedua-dua ibadah ini hampir sama dari segi hukum dan
syarat-syaratnya walaupun terdapat beberapa perbezaan. 

TUNTUTAN IBADAH KORBAN DAN AKIQAH

Menurut Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat korban adalah sunat muakkad. Bagi yang bernazar, ia akan menjadi wajib, manakala makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sedangkan berkemampuan untuk melaksanakannya. 

Namun begitu, ibadah korban adalah wajib ke atas Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Termizi bermaksud: “Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadah korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu”

Akiqah menurut Imam al-Syarbini dalam kitabnya, al-Iqnaa ialah binatang yang disembelih pada hari kelahiran bayi dan sewaktu mencukur rambut bayi tersebut. Hukum ibadah akiqah adalah sunat muakkad seperti mana ibadah korban. 


Namun, ibadah korban dan akikah akan bertukar menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukannya. Islam menetapkan keadaan dan masa tertentu bagi memastikan ibadah korban dan akiqah dapat dilaksanakan sah di sisi syarak. 

 


TUJUAN IBADAH KORBAN DAN IBADAH AKIQAH.

Ibadat korban bertujuan untuk membersihkan diri mereka daripada melakukan dosa, manakala akiqah adalah sebagai tanda menyambut kelahiran bayi. 

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. 

Hadis di atas tidak menunjukkan bahawa ia adalah satu kemestian untuk menyaksikan ibadah korban dan akan terbatalnya ibadah tersebut sekiranya tidak berbuat demikian. 

Dengan kata lain, ibadah korban dan akikah boleh dilaksanakan secara berwakil bagi pihak yang ingin melaksanakan korban dan akiqah sekalipun mereka tidak ada bersama-sama ditempat ibadah tersebut dilaksanakan. 

TERDAPAT BANYAK KELEBIHAN MENGERJAKAN IBADAH KORBAN DAN AQIKAH

Seperti mana yang terkandung dalam surah al-Kauthar, ayat dua bermaksud: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah”. 

  1. Dapat membersihkan jiwa manusia daripada sikap kedekut dan bakhil. 
     
  2. Dapat melahirkan perasaan kasih sayang sesama Muslim dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 
     
  3. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Haj ayat 36: Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur. 
     
  4. Kelebihan mengerjakan ibadah akiqah dalam kitab Sabila al-Muhtadin, Imam Ahmad menyebut, anak-anak yang tidak dilaksanakan akiqah tidak akan datang pada hari kiamat untuk memohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. 
     
  5. Sebagai pemangkin untuk mengembangkan syiar Islam. Ini termaktub dalam matlamat utama ibadah ini dilakukan iaitu untuk membantu fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di kalangan umat Islam. 

 


SIAPA KAMI?

IIQurban Aqiqah merupakan sebuah agensi yang menguruskan pemilihan, pembelian, penyembelihan, dan pengangihan daging untuk ibadah korban dan aqikah.

IIQurban Aqiqah sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi berkebajikan dalam dan luar negara kerana daging korban aqikah yang diuruskan bagi tujuan bantuan kemanusiaan khususnya komuniti umat islam di negara-negara yang dilanda bencana. 

 

pengalaman menguruskan ibadah korban aqiqah di luar negara

Pasukan kerja IIQurban telah memiliki pengalaman menguruskan ibadah korban aqiqah di luar negara selama lebih 5 tahun bersama dengan NGO-NGO lain. 

Fokus IIQurban adalah menyediakan kemudahan ibadah Qurban Aqikah kepada rakyat malaysia pada harga yang mampu dilaksanakan semua peringkat pendapatan dengan perkhidmatan sebaik mungkin dan mesra pelanggan. IIQurban komitmen untuk memberikan sebanyak mungkin pulangan terbaik kepada peserta program dan memastikan daging korban aqikah yang disumbangkan peserta sampai betul-betul kepada sasaran yang lebih memerlukan. 

Bagi memastikan ibadah korban dilaksanakan dengan sistematik khususnya melibatkan pengagihan, sewajarnya ia diberikan kepada penganjur yang boleh mengendalikannya dengan adil dan telus. 

KENALI SUDAN DI BUMI AFRIKA 

1. Nama Sudan berasal dari Bilad al Sudan, yang artinya “daratan orang hitam” 

2. Sudan merupakan negara terbesar di Afrika dan Timur Tengah, sebelum negara tersebut pecah menjadi dua pada Julai 2011 (Sudan dan Sudan Selatan). Saat itu Sudan menduduki peringkat ke-10 sebagai negara terbesar di dunia. Sekarang, Sudan adalah negara terbesar ketiga di Afrika (setelah Algeria dan Kongo) dan peringkat ke-16 sebagai negara terbesar di dunia. 

3. Sudan Selatan didominasi oleh agama Kristian dengan pemerintahan suku, sedangkan Sudan Utara diperintah dengan hukum syariah Islam. 1 Januari 1956 adalah diingatkan sebagai Hari Kebangsaan. 

4. Ibukota Sudan, Khartoum, berasal dari bahasa Arab yang artinya adalah “belalai gajah”, yang merujuk pada kelokan besar di Sungai Nil yang mengalir ke utara dari kota tersebut. 

5. Kadar buta huruf di sekiar Sudan hanya 62% – 70%, menurut laporan UNESCO. Hanya sekitar 68% kanak-kanak yang menerima pendidikan asas. Banyak dari wanita Sudan meninggal dunia pada saat melahirkan atau mengandung. 

6. Sudan mempunyai kadar pengangguran dalam kalangan orang muda sekitar 34%. Lebih dari 18% penduduk Sudan menganggur dan 40% penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan. Lebih dari 90% penduduk di Sudan Selatan hidup dengan pendapatan kurang dari 1 dollar. Malaria adalah penyakit endemik di Sudan Selatan. 80% dari penduduk Sudan tidak memiliki kemudahan tandas yang sempurna. 

7. 83% dari penduduk Sudan tinggal di Tukel (binaan diperbuat daripada lumpur dengan atap jerami. 

8. Sudan memiliki lebih 30 juta rakyat dengan hampir 70% rakyatnya dalam kemiskinan dan ramai juga yang tidak cukup makan. 

KENAPA PERLU BERKORBAN DI SUDAN BERSAMA IIQURBAN? 

  1. Di Sudan terdapat umat islam yang tertindas dan menderita. 
     
  2. Membantu umat Islam yang tertindas dan hidup dalam kemiskinan sangat dituntut dalam agama. 
     
  3. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan hubungan persaudaraan di kalangan umat Islam sedunia. 
     
  4. Sudan merupakan golongan sasaran yang lebih layak menerima sedekah daging korban. 
     
  5. Peluang menjalani ibadah korban pada harga yang ekonomi. 
     
  6. Dikendalikan pasukan yang berpengalaman dan diyakini. 


MANFAAT UNTUK PESERTA PROGRAM DENGAN HARGA LEMBU RM350 SEBAHAGIAN? 

Pahala ibadah korban 

  • Pahala sedekah daging korban kepada golongan yang lebih memerlukan. 
  • Seekor lembu bersamaan 80 orang pahala sedekah. 
  • Sijil penyertaan. 
  • Cenderahati penyertaan. 
  • Video gambar-gambar program (sebaran maya) 

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN


SERTAI AKTIVITI YANG KAMI SEDIAKAN

LEMBU RM350 SEBAHAGIAN 

KAMBING RM550 SEEKOR 

WAQAF QURAN RM30 SENASKAH 

PROGRAM KORBAN AQIQAH

Akad serah dari peserta

Bismillahirrahmanirrahim

Saya (nama) dengan ini bersetuju untuk melaksanakan ibadah korban/aqiqah sebanyak (berapa bahagian lembu/ekor kambing) dan 
saya bersetuju untuk wakilkan kepada pihak iiqurban aqiqah untuk urusan memilih, membeli, menyembelih, dan mengagihkan daging kepada golongan yang layak untuk menerimanya. Semoga Allah terima ibadah saya ini dan berkati saya dan seisi keluarga. 
Amin.

Baca/niatkan ketika membuat pembayaran/mengisi borang daftar

Sila pilih aktiviti samada korban/akikah/wakaf AlQuran
Sila buat bayaran mengikut bahagian/ekor/naskah

MAYBANK ISLAMIC :  IIQURBAN AQIQAH  5630 6414 2855
 


Isi maklumat dalam borang akad
Maklumkan ke wasap kami untuk tindakan segera

 

HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN 

IIQURBAN AQIQAH
NURHIDAYAH ROSLAN

danakhas302@gmail.com

778-I, Jalan Paloh, Kampung Losong Bukit Tangki Air
21000 Kuala Terengganu, Terengganu

No tel 013 966 7147

 

KLIK LOGO WHATSAPP UNTUK PERTANYAAN DALAM 'GROUP' 

 

BORANG AKAD

Aktiviti
Pilihan Aktiviti Korban/Akikah